Menyediakan pelbagai jenis kek, kek cawan, muffin, tart dan dessert yang HALAL dan bersih untuk majlis perkahwinan, pertunangan, hantaran, hari lahir, ulangtahun, akikah, graduasi dan macam-macam lagi.... Fresh upon order...

Saturday, 2 February 2013

Kek birthday



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...maaf kerana agak lama menyepi....selepas kelahiran bayi ketiga (sekarang berumur 5 bulan 1 minggu), kesibukan menerima tempahan cake dan cupcake dan membuat roti  menyebabkan masa menulis di blog sangat2 terhad huhuhu...hari ni saya nak memaparkan beberapa gambar kek harijadi yang telah ditempah oleh pelanggan-pelanggan....


Kek Pororo the Little Penguin

Kek pororo ni ditempah oleh Ila seorang regular customer saya untuk anaknya Sarah, sebenarnya bersama-sama dengan kek ni dia jugak order roti burger saiz mini dan juga cupcakes. Tapi sayangnya, saya terlupa untuk snap gambar roti burger dan cupcakes tersebut huhuhu.... Dan saya jugak hadiahkan sebiji kek tiramisu (lupa jugak nk snap gambar) untuk Ila memandangkan birthday dia sama dengan birthday anaknya Sarah. Kek ni ialah kek sponge layered with cheese and mix fruit coctail...Terima kasih Ila...diorang kata sedap kek ni...alhamdulillah...



Kek coklat moist

Kek ni pula ialah kek coklat moist, customer nak kek berbentuk nombor satu untuk 1st birthday anaknya. Terima kasih ye....


Kek rainbow

Kek rainbow ni pula ditempah oleh Shida  untuk birthday anaknya. Memandangkan si birthday boy suka sangat dengan ultraman maka die request nak letak edible image ultraman...terima kasih shida :)

No comments:

Post a Comment